Posts

Showing posts from December, 2017

BUAT KAUM HAWA

Fasa umur 18-28 ini lah kita kena struggle mencapai tahap kita. Masa ini lah rebut peluang jadi yang terbaik. Kuasai ilmu pengetahuan , kuasai bidang masakan (selalu tolong mak di dapur) Hayati Al-Quran betul2 sampai kita hafal tanpa sedar cari khusyuk dalam solat kita. Nampak senang kan ? Tapi ramai masih di Zon Selesa sekarang ni. Bangun tengahari , bangun pukul 10 tu paling baik lah tu. Bila takde kerja, tidur Balik rumah mak , pak serupa macam tak balik. Terperap dalam bilik. Rasa rimas bila selalu mak panggil mintak tolong. Jiran tetangga datang terasa malas nak tunjuk muka Allah...di mana kita sekarang ?? Solat pun tak tepat waktu. Kadang nak masuk asar baru lah terkedek2 ambil wuduk nak solat zuhur Al quran ? Apatah lagi . Satu hari sekali bukak tu kira dah baik betul lah tu. Astaghfirullah, Kenapa ? Sebab apa kita macam itu ? Kenapa ?? Sebab kita sentiasa sia2kan masa. Buang masa pada benda yang lagha. Beli produk kecantikan lah , baju ,tudung ikut t...

Menjemput vs Mencari Rezeki

Anda pernah kehilangan kunci ? Bagaimana rasanya mencari kunci yang hilang ? Memang pening kan ? Cari di sana tidak jumpa dan di mana sahaja. Berdenyut kepala memikirnya. Begitulah keadaanya apabila mencari kunci yang hilang di dalam rumah . Bagaimana pula apabila kunci yang hilang di dalam rumah ? Bagaimana pula apabila kunci itu hilang di luar rumah ? Wah , bertambahlah peningnya. Anda pernah menjemput seseorang ? Tidak kisahlah jemputan ke majlis apa pun karena yang di tanya adalah strategi menjemputnya. Bagaimana agaknya cara anda menjemput ? Bukan satu cara ,betul ? Kadang-kadang melalui mulut sahaja. Ada yang pakai kad jemputan . Ada pula yang perlu dipesan melalui orang lain. Dan ada pula yang mesti berkunjung dulu ke rumahnya ,setuju ? Menjemput seseorang untuk datang ke majlis kita perlukan strategi dan jika betul caranya ,besarlah peluang untuk dia hadir. Jika tidak, berlapik "insya-Allah" sahajalah jawabnya.Anda pernah terkena? Maka , Rezeki juga beg...