Posts

Showing posts from December, 2016

Kata-kata PENGUAT

1) Bila terjadi sesuatu perkara yang menyakitkan . Tentu ada kesalahan yang telah anda lakukan . Maka bertaubatlah kepada Allah s.w.t. Perbaikilah hubungan dengan Allah s.w.t .Nescaya Allah akan memperbaiki ikatan anda dengan siapa-siapa pun. 2) Ketahuilah setiap amarah dan kebencianmu tidak boleh mengubah sesuatu.Hanya engkau yang akan meyelesaikan dan engkau sendiri yang harus mengurusnya.Lemparkanlah setiap masalah dari dalam hatimu dan berbahagialah . Itu kerana kebahagiaan pada dasarnya ada di tanganmu Ya Allah , maha benar firman-Mu : "Katakanlah , Siapakah yang akan menyelamatkan kamu dari becana di darat dan di laut " (Al-An'am 63) Allah s.w.t berfirman : "Bukankah Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu" (Al-An'am 64) "Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya " (Az-Zumar 36) 3) Bersabarlah dan engkau tidak akan boleh sabar kecuali bersama Allah s.w.t. Hadapilah setiap kebencian dengan lapang dada. 4) Hadapil...

Qadha dan Qadar

S aya yakin bawaha ujian Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya sentiasa ada , maka seorang hamba harus sentiasa reda denganNya. Mengapa wanita harus menjadi kuat ? Menagapa wanita sentiasa perlu dikasihi lebih berbanding lelaki  ? 1) Wanita juga merupakan sebahagian dari anggota masyarakat  - Dari rahimnya telah lahir sebahagian masyarakat yang lain . Padahal mereka merupakan masyarakat secara keseluruhan dan menjadi salah satu kaum yang sering merasakan kesusahan,kesedihan dan putus asa . 2)Berbeza dengan kaum lelaki .  Kaum wanita bahkan boleh menanggung kesusahan dan tanggungjawab tanpa rasa letih .Perhatikan sahaja seorang wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dengan beberapa orang anak yang masih kecil. Biasanya dia akan memberi tupuan didalam mendidik anak dan menolak untuk menikah lagi. 3) Wanita yang mempunyai gelaran isteri yang sanggup mengorban setiap waktu demi membahagiakan suami Sehingga dia tidak memerhatikan keperluannya sendiri ker...

REZEKI

Allah s.t. Maha pencipta yang telah menjamin rezeki untuk setiap ciptaan-Nya Firman Allah , Tiada satu makhluk malatapun di muka bumi kecuali Allah yang menanggung rezekinya , dan Dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpannya.Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh) Segala sesuatu yang telah ditentukan bagi seorang hamba , tentu akan diperolehinya . Sebaliknya segala sesuatu yang belum ditentukan untuknya , maka dia tetap tidak akan memperolehinya walau seluruh penghuni dunia mengusahakannya. " Aku menyedari bahawa rezekiku tidak akan dimakan oleh selain aku , maka hatiku terasa tenang" Alhamdulilah , dengan kata-kata dari Allah ini aku berasa amat tenang dan sentiasa sabar dalam mengusahakan sesuatu . Dalam hidup ini , janganlah kita lupa pada Allah dan sentiasalah menjadikan Allah no satu dalam segala sesuatu . Ini kerana , bila terjadi sesuatu perkara yang kita tdak sangka . Allah akan membantu kita supaya kita sabar dan ...