Kata-kata PENGUAT

1) Bila terjadi sesuatu perkara yang menyakitkan . Tentu ada kesalahan yang telah anda lakukan . Maka bertaubatlah kepada Allah s.w.t. Perbaikilah hubungan dengan Allah s.w.t .Nescaya Allah akan memperbaiki ikatan anda dengan siapa-siapa pun.

2) Ketahuilah setiap amarah dan kebencianmu tidak boleh mengubah sesuatu.Hanya engkau yang akan meyelesaikan dan engkau sendiri yang harus mengurusnya.Lemparkanlah setiap masalah dari dalam hatimu dan berbahagialah . Itu kerana kebahagiaan pada dasarnya ada di tanganmu

Ya Allah , maha benar firman-Mu :

"Katakanlah , Siapakah yang akan menyelamatkan kamu dari becana di darat dan di laut "
(Al-An'am 63)

Allah s.w.t berfirman :

"Bukankah Allah menyelamatkan kamu dari bencana itu"
(Al-An'am 64)

"Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hambaNya "
(Az-Zumar 36)

3) Bersabarlah dan engkau tidak akan boleh sabar kecuali bersama Allah s.w.t. Hadapilah setiap kebencian dengan lapang dada.


4) Hadapilah kebimbangan dan rasa galau dengan kekuatan dan semangat yang akan mencerai-beraikannya.

5) Bersabarlah , sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman :
"Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu"  (Ali imran : 200 )

"Bersabarlah ( wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah "

(An-Nahl : 127)

6)  Bersabarlah , sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :


"Bahawa Allah s.w.t . jika mencintai suatu kamu Dia menguji mereka "

Bersabarlah diri walau caci mereka tertuju kepadamu
Bersabarlah walau jalan di depanmu gelap gelita
Sesungguhnya dalam kesusahan , ada kemudahan dan bersama kesedihan ada kebahagiaan."

wahai saudaraku yang mulia ,

SIAPAKAH YANG AKAN MENGHILANGKAN KESUSAHAN ORANG-ORANG YANG DITIMPA KESUSAHAN ?


SIAPAKAH YANG AKAN MEMALINGKAN MUSIBAH DARI ORANG-ORANG YANG DITIMPA MUSIBAH ?

KEPADA SIAPAKAH ANDA BERSANDAR SELURUH CIPTAAN YANG ADA DI LANGIT DAN DIBUMI ?

Sesungguhnya hanya kepada Allah s.w.t sahaja tiada Tuhan selain Dia

Apabila engkau ditimpa musibah dan mendapat kesusahan. Jangan galau , jangan hancurkan keluargamu,jangan mengadu dan menyandarkan musibah kepada orang tuamu , saudaramu atau siapa sahaja.

Akan tetapi ucapkanlah 'Alhamdulilah" ,puji syukur hanya milik Allah .
ucapkanlah "Apabila Allah s.w.t telah berkehendak , maka terjadilah "

Firman -Nya :

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi Allah dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya . "
(Al- Hadid : 22)


Jika mendapat kemudahan maka dia bersyukur dan hal itu adalah kebaikan baginya .
Jika dia ditimpa kesempitan , maka dia akan bersabar dan perkara itu juga merupakan kebaikan baginya"


Oleh itu , terimalah setiap ketentuan Allah s.w.t dengan hati lapang . Jangan pernah murka apalgi melakukan kerosakan . Fahamilah perkara qada dan qadar dan tenangkanlah hatimu .

AMARAN :

Jangan pernah berkata "Seandainya aku melakukan ini , maka akan seperti ini dan itu."

Tetapi  ucapkanlah 


"Apabila Allah s.w.t telah berkehendak dan Dia menghendaki , maka terjadilah. "

TIPS nak jadi kuat :


Kebimbingan akan sesuatu bukanlah disebabkan oleh waktu lapangmu atau kegagalan terhadap diri kita .Namun ingatlah , betapa banyak kenikmatan yang telah Allah s.w.t. berikan .

(Reflek kan minda kita dari berkata perkara yang tidak benar . Sedarkan minda kita dengan kekuasaan Allah iaitu apa yang berlaku semua datang dari Allah )

Sebagai muslimah , cukuplah engkau dengan melaksanakan solat dengan demikilah ketenangan dan kedamaian akan muncul dari dalam diri . Rasa cukuplah ketika tubuh tidak memiliki kecacatan , sehingga Allah s.w.t memudahkan setiap gerak .

*jadi fikirlah dengan matang dan bertindaklah dengan bijak kerana kau masih mampu berdiri dan berjalan untuk melakukan sesuatu . Bermakna kau masih ada daya untuk bangun . Kau boleh buat jika kau percaya diri kau boleh .Tanpa memikirkan betul dan salah . Betul dan salah itu soal lain . yang penting kau kena bangun dan lawan . selagi kau tak bangun dan lawan kau tak akan dapat bahagia selepas kesakitan .
Kesakitan ini nak kau jadi kuat  .Semua terjadi ada baik dari Allah . jadi sabarlah . kuatlah . jangan sia2 dan
bersangka buruk dengan Allah . Allah Maha penyanyang dan maha mengentahui. Ingat itu !

Berniatlah dengan teguh untuk meraih apa kau harapkan .Maka mari kita persiapkan semua bekalan dan persyaratnya , agar anda berjaya meraihnya . Sesungguhnya Allah .s.t membuka pintu-pintu Nya pada setiap malam . Dia menerima permintaan orang orang yang memerlukan .....(ALLAH ada nak tolong)

Sampaikanlah setiap permintaan terus kepadaNya sehingga anda rasa yakin akan keluar dari semua kesusahan dan mendapat semua harapan .Yakinlah ,wasilah ini merupakan jalan untuk mewujudkan salah satu dari tiga permintaan anda "




Comments

Popular posts from this blog

Diari 20/12/2017

Menjemput vs Mencari Rezeki

memahami erti ujian dan nikmat