Qadha dan Qadar

Saya yakin bawaha ujian Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya sentiasa ada , maka seorang hamba harus sentiasa reda denganNya.

Mengapa wanita harus menjadi kuat ? Menagapa wanita sentiasa perlu dikasihi lebih berbanding lelaki  ?

1) Wanita juga merupakan sebahagian dari anggota masyarakat 
- Dari rahimnya telah lahir sebahagian masyarakat yang lain . Padahal mereka merupakan masyarakat secara keseluruhan dan menjadi salah satu kaum yang sering merasakan kesusahan,kesedihan dan putus asa .

2)Berbeza dengan kaum lelaki . 
Kaum wanita bahkan boleh menanggung kesusahan dan tanggungjawab tanpa rasa letih .Perhatikan sahaja seorang wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dengan beberapa orang anak yang masih kecil.
Biasanya dia akan memberi tupuan didalam mendidik anak dan menolak untuk menikah lagi.

3) Wanita yang mempunyai gelaran isteri yang sanggup mengorban setiap waktu demi membahagiakan suami
Sehingga dia tidak memerhatikan keperluannya sendiri kerana tidak ini menambah bebam suaminya.
Ia kerana wanita mempunyai kelebihan kasih sayang dengan orang yang dia sayang . Dan menyebabkan dia merasakan setiap jengkal keadaan si suami . 

4) Wanita mempunyai kesabaran mendidik anak-anaknya.
Kesabaran yang tinggi dan diiringi sifat penyayang yang tinggi yang ada pada setiap wanita. Isteri begitu sabar mendidik anak2nya, menyusunya dan mencurahkan segenap cinta dan kasih sayang kepada mereka.Oleh itu , berfikirlah wahai kaum adam .Tidak ada seorang lelaki pun yang akan mendapat keangungan , kesabaran isteri dalam mendidik anak-anak.

5) Wanita sentiasa dizalimi.
Entah oleh saudaranya , Ayahnya atau suaminya yang telah merampaskan hak dan mengambil seluruh bahagian warisannya.
Ada yang hidupnya tidak jelas , tidak dinikahi dan tidak pula dicerai akibat kekejaman suami kepadanya.
Bahkan  betapa ramai wanita yang menahan amarah dari kejamnya seksaan , penghinaan , pukulan dan caci maki suaminya yang tidak memiliki kasih sayang , apalagi memerhatikan kelemahan dan perasaan mereka.

6) Wanita adalah seorang ibu seperti ibu yang dimiliki oleh setiap lelaki.
Ramai para ibu yang merasakan kederhakaan putera-puteri mereka. Setelah bernikah , tinggalkan si bonda melalui sakaratul maut dalam kesendirian.
Merasakan sakit , tanpa ada seorang pun yang menghidangkan walau hanya segelas air. Lebih dari itu , ada juga sebahagian anak yang menbawa ibu mereka ke pusat jagaan orang tua-tua , agar mereka bebas dari mengurus keperluannya .
Innalilahi Ya Allah . Berikalan hidayah kepada mereka yang berbuat sedimikan.
Dan semoga kita berlindung kepada Allah s.w.t. dari perbuatan derhaka tersebut.

Selanjutnya , ada juga meninggalkan ibu mereka selama bertahun-tahun demi cinta seorang isteri yang tidak menyukai ibunya.
"Ya Allah jauhkanlah aku menjadi seorang isteri yang sebegini" 
Bahkan ada juga yang berani menacaci maki ibunya sendiri.Sayangnya , ramai juga hakim yang tidak adil dalam menentukan hukum dalam masalah ini .
Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah semata-mata







Comments

Popular posts from this blog

Diari 20/12/2017

Menjemput vs Mencari Rezeki

memahami erti ujian dan nikmat