Posts

Peribadi vs Fizikal

Hai guys , harini nak diskus mengenai peribadi dan fizikal. Apa beza dan persamaannya ? Harus untuk kita tahu supaya kita tak disalah fahamkan erti mengenai kedua2nya, Zaman sekarang , ada juga yang mengutuk fizikal seseorang. contohnya , gemukla , hitamlah , mata sepet la ,mata terbeliak la atau macam2 lagi. Bagi akulah, tak perlulah kita nak mengutuk fizikal seseorang . Ia seperti kita mengutuk ciptaan Allah . bukan dia nak pun lahir dengan kulit yang gelap. jadi tak perlulah nak diskriminasi orang dengan ciptaan Allah. Kalau peribadi pula , bagi aku . aku tak kisah lah orang nak cakap apa. Peribadi ni macam cara pemakaian , cara bercakap , cara bergaul dan macam2 lagi. Benda ni sangat subjektif bagi seseorang . Tak semua orang mempunyai peribadi yang sama . Jadi tak perlulah kita nak terasa dengan judgement mengenai sifat peribadi kita . So, terimala apa sedanya diri kita. Hargai lah diri kita. Dan bersama dengan orang yang hargai kita . Itu sudah memadai ! Dulu ya , aku duk te...

Diari 20/12/2017

Assalamualaikum pembaca diari, Semoga Allah merahmati setiap perjalanan kata-kataku dalam perkongsian hidup. Dalam hidupku tiada semanis kata melainkan kata2 Allah . Allah tak pernah penat akan diri kita malah Allah lebih suka dan tertarik dengan cerita kita kepadaNya. Mengeluhlah dekat dia dan ceritalah apa sahaja dekat dia. Korbankanlah waktu tidur kita demi menjaga hubungan kita dengan dia. Aku manusia biasa yang ingin akan kesenangan dan kegembiraan hati. Akan tibanya ujian , aku perlu sedar akan aku hanya hamba Dia. Sedarilah , ujian itu nikmat . Musibah itu juga nikmat . Kadang aku terlena dengan dunia sampai aku terlupa watak aku . Sesungguhnya, Engaku maha mengetahui dan mendengar .

Jangan bersedih jika doa belum dikabulkan

Assalamualaikum pembaca lukisan hatiku. Kebanyakan post yang ditulis ditujukan khas buat wanita. Kerana... Ramai kaum wanita bersedih hanya untuk urusan remeh dan tidak perlu . Setiap saat dia bersedih kerana pakaian,kenderaan,kasut,makanan , harta dan urusan dunia mereka yang lain. Maka ketika kesedihan datang silih berganti , mengapa harus bersedih terhadap perkara-perkara yang remeh dan tidak perlu ? Kerana sifat wanita itu lembut . dalam lembut ada lemah dan ada kuatnya. Sifatnya rapuh kadangkala meniti ujian . Wanita itu bukan berani dan gagah seperti lelaki tetapi Dia seorang yang Tabah .Tabah menyimpulkan sifat yang dia berusaha menjadi kuat walau nalurinya lembut. . . Ya diri ini pernah merasakan perkara yang remeh dan tidak perlu . Akan tetapi Allah itu Maha mengetahui , Dia tahu aku mampu harungi akan setiap ujian yang diberi . Walau diri ini sering nampak lemah kerana sering bersedih pada setiap pencuru malam . Sentiasa terkenang doa- doa yang sangat ku harap ...

memahami erti ujian dan nikmat

Assalamualaikum . Hari Baru , Minggu Baru . Lamanya tak menulis dalam blog ini . Semoga siapa yang membaca tulisan ini dikurniakan hari yang baik dan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.  Hari ini nak berkongsi mengenai perasaan yang pernah dijatuhkan , dikritik dan dicaci . Lumrah hidup dimana hidup ini mempunyai pelbagai ragam manusia . Ada yang kita gemar ada yang kita tidak gemar. Melalui liku liku kehidupan ini pasti sahaja kita pernah dibenci oleh orang lain . Ia bukan kerana kita membuat jahat akan tetapi hidup ini bukan sempurna untuk semua orang menyukai . Jadi , apa sahaja kita buat janganlah kejar prasangka manusia. Kerana ia perkara yang sia-sia dan tidak pernah cukup . Tetapi sedarilah pandangan dan prasangka Allah itu yang kita perlu kejarkan . (Mengingati diri ini juga). Jika benar anda menyedari ini . Jadi jangan hiraukan kritikan dan hinaan orang tentang sesuatu yang telah kita ambil. Apa yang kita ambil itulah pilihan kita . Selagi pilihan kita tidak mer...

Siapakah tempat kita bersandar pada setiap malam?

Dia adalah Raja diatas Raja. Pengurus semua urusan , Tuhan segalanya. Dia adalah Allah... Allah s.w.t berfirman : Sesungguhnya keadaaNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, " Jadilah!" maka terjadilah dia (yasin : 82) Bersiap sedialah sebelum kita menghadap Allah s.w.t. Bersihkanlah hati dari hawa nafsu dan penuhilah setiap syarat dikabulkannya doa , kerana Allah s.w.t tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan berpaling. Perhatikan makan dan minum yang halal, kerana doa tidak akan dimakbulkan dari makanan dan minuman yang haram . Setelah semua syarat dipenuhi, di gelapan malam saat manusia sedang terlela tidur. Inilah saatnya yang tepat bertemu denganNya . Berdua dengan nya . Mengadu , bercerita akan apa yang kita harapakan dari dia , akan apa sahaja planning hidup kita , dan meminta2 agar dia mendengar rintihan kita. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah tidur mahupun berdengkur. Dia maha hidup dan tidak pernah tertidur atau terleka. D...

Mengatasi masalah dalam kehidupan

Mengatasi masalah dalam kehidupan sebenarnya masalah bukan diselesaikan orang, tapi masalah itu dala, diri kita dan kita yang boleh menyelesaikan dari kita fikir dan itu pilihan kita Kalau kita kata kita perlukan seseorang untuk menyelesaikan masalah kita .. ataupun hantar email untuk orang menyelesaikan masalah kita . Sebenarnya , kita telah tertipu.. Kalau kita beri ikan makan .Ia hanya boleh makan satu hari .Tapi kalau kita mengajar orang mengail ikan . Dia makan seumur hidup.Jadi tujuan ini, CELIK MATA DAN JIWA... Pada harini kita nak mencegah masalah.. Perhatikan di dalam rumah pasti yang ada masalah pasti yang tiada masalah . atau kedua2 nya ada masalah. Takdenya yang orang tiada masalahSedangkan fizikal,tempat kerja,makan dan udara sama. Perhatikan juga ada pelajar yang bermasalah ada pelajar yang tidak bermasalah . Pelajar yang bermasalah mempunyai tindak balas yang tidak baik. Sebaliknya juga begitu. Apa yang membolehkan tindak balas ? Emosi .... Kalau emosi po...

BUAT KAUM HAWA

Fasa umur 18-28 ini lah kita kena struggle mencapai tahap kita. Masa ini lah rebut peluang jadi yang terbaik. Kuasai ilmu pengetahuan , kuasai bidang masakan (selalu tolong mak di dapur) Hayati Al-Quran betul2 sampai kita hafal tanpa sedar cari khusyuk dalam solat kita. Nampak senang kan ? Tapi ramai masih di Zon Selesa sekarang ni. Bangun tengahari , bangun pukul 10 tu paling baik lah tu. Bila takde kerja, tidur Balik rumah mak , pak serupa macam tak balik. Terperap dalam bilik. Rasa rimas bila selalu mak panggil mintak tolong. Jiran tetangga datang terasa malas nak tunjuk muka Allah...di mana kita sekarang ?? Solat pun tak tepat waktu. Kadang nak masuk asar baru lah terkedek2 ambil wuduk nak solat zuhur Al quran ? Apatah lagi . Satu hari sekali bukak tu kira dah baik betul lah tu. Astaghfirullah, Kenapa ? Sebab apa kita macam itu ? Kenapa ?? Sebab kita sentiasa sia2kan masa. Buang masa pada benda yang lagha. Beli produk kecantikan lah , baju ,tudung ikut t...