Jangan bersedih jika doa belum dikabulkan
Assalamualaikum pembaca lukisan hatiku. Kebanyakan post yang ditulis ditujukan khas buat wanita. Kerana... Ramai kaum wanita bersedih hanya untuk urusan remeh dan tidak perlu . Setiap saat dia bersedih kerana pakaian,kenderaan,kasut,makanan , harta dan urusan dunia mereka yang lain. Maka ketika kesedihan datang silih berganti , mengapa harus bersedih terhadap perkara-perkara yang remeh dan tidak perlu ? Kerana sifat wanita itu lembut . dalam lembut ada lemah dan ada kuatnya. Sifatnya rapuh kadangkala meniti ujian . Wanita itu bukan berani dan gagah seperti lelaki tetapi Dia seorang yang Tabah .Tabah menyimpulkan sifat yang dia berusaha menjadi kuat walau nalurinya lembut. . . Ya diri ini pernah merasakan perkara yang remeh dan tidak perlu . Akan tetapi Allah itu Maha mengetahui , Dia tahu aku mampu harungi akan setiap ujian yang diberi . Walau diri ini sering nampak lemah kerana sering bersedih pada setiap pencuru malam . Sentiasa terkenang doa- doa yang sangat ku harap ...