memahami erti ujian dan nikmat

Assalamualaikum .

Hari Baru , Minggu Baru . Lamanya tak menulis dalam blog ini . Semoga siapa yang membaca tulisan ini dikurniakan hari yang baik dan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. 

Hari ini nak berkongsi mengenai perasaan yang pernah dijatuhkan , dikritik dan dicaci . Lumrah hidup dimana hidup ini mempunyai pelbagai ragam manusia . Ada yang kita gemar ada yang kita tidak gemar. Melalui liku liku kehidupan ini pasti sahaja kita pernah dibenci oleh orang lain . Ia bukan kerana kita membuat jahat akan tetapi hidup ini bukan sempurna untuk semua orang menyukai .
Jadi , apa sahaja kita buat janganlah kejar prasangka manusia. Kerana ia perkara yang sia-sia dan tidak pernah cukup . Tetapi sedarilah pandangan dan prasangka Allah itu yang kita perlu kejarkan . (Mengingati diri ini juga). Jika benar anda menyedari ini . Jadi jangan hiraukan kritikan dan hinaan orang tentang sesuatu yang telah kita ambil. Apa yang kita ambil itulah pilihan kita . Selagi pilihan kita tidak merugikan orang lain , kita berhak melakukannya tanpa pernah mengerti jalan fikiranmu kerana mereka tak rasa di posisimu sehingga tidak mengerti apa yang kamu rasakan.

.
.

Orang lain hanyalah mampu menilai sesuatu yang kita hadapi atau apa yang kita zahirkan , namun tidak boleh merasakan. Untuk itu , segala keputusan ada di tanganmu sendiri kerana kamulah yang berhak menentukan hidupmu . Ketika kamu mampu menghabiskan sisa umur sesuai dengan jalan fikiranmu , maka kamu akan bahagia kerana kamulah sebenarnya pemilik hidup kamu sendiri.

.
.

Sedarilah hati yang selalu lupa akan kata2 ini...

Ujian akan datang
Kebencian akan datang
Cacian akan datang
Hinaan akan datang
.
.
Siapa sahaja yang tidak pernah dibenci ? Siapa sahaja yang tidak pernah disakiti ?
.
.
Bermakna , ini adalah perkara biasa yang terjadi kpd semua manusia. Jadi, tenagkan diri, jangan ikut emosi.
.
.
Orang yang dibenci ini ada dua hadiah drpd Allah ,
1) Ujian : bagaimana dia menghadapi orang yang membencinya ? Sama ada dgn makian lagi ataupun sabar biarpun org beri kata-kata busuk sehinggan menjatuhkan si empunya diri

2) Nikmat : bila mana dia bersabar dengan cacian manusia dan memperbaiki diri serta mengembalikan dirinya kpd Allah. Dia merasakan bahawa Allah menguji adalah kerana merindukan air mata taubatnya.

Begitu juga orang yang membenci ,

1) Ujian : bila mana dia diberi hati yang hasad, Allah mahu lihat bagaimana dia melontarkan pendapatnya,mengawal dirinya drpd menyebarkan kebencian.

2) Nikmat : Bila mana dia berlapang dada , menerima keburukan orang lain dan mengetahui bahawa manusia itu tidak sempurna, lalu dia memperbetulkan orang tersebut dgn kebaikan dan ihsan.

waalahu  a'lam
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dgn kecintaan antara satu dengan yang lain.
Barang siapa yang tidak mencintai, maka dia tidak akan dicintai

(Sebarkan kebaikan sesama manusia ya )

Comments

Popular posts from this blog

Diari 20/12/2017

Menjemput vs Mencari Rezeki