Jangan bersedih jika doa belum dikabulkan
Assalamualaikum pembaca lukisan hatiku.
Kebanyakan post yang ditulis ditujukan khas buat wanita. Kerana...
Ramai kaum wanita bersedih hanya untuk urusan remeh dan tidak perlu . Setiap saat dia bersedih kerana pakaian,kenderaan,kasut,makanan , harta dan urusan dunia mereka yang lain. Maka ketika kesedihan datang silih berganti , mengapa harus bersedih terhadap perkara-perkara yang remeh dan tidak perlu ?
Kerana sifat wanita itu lembut . dalam lembut ada lemah dan ada kuatnya. Sifatnya rapuh kadangkala meniti ujian . Wanita itu bukan berani dan gagah seperti lelaki tetapi Dia seorang yang Tabah .Tabah menyimpulkan sifat yang dia berusaha menjadi kuat walau nalurinya lembut.
.
.
Ya diri ini pernah merasakan perkara yang remeh dan tidak perlu . Akan tetapi Allah itu Maha mengetahui , Dia tahu aku mampu harungi akan setiap ujian yang diberi . Walau diri ini sering nampak lemah kerana sering bersedih pada setiap pencuru malam . Sentiasa terkenang doa- doa yang sangat ku harap ia dikabulkan . Diri ini pernah derita akan manusia . tetapi itu perlu difahami dengan hati yang tenang . kerana manusia sentiasa datang dan pergi . Akan ada satu tahap aku mahu menutup mata hati untuk manusia lain . Tapi . siapalah aku , Allah maha Memahami , Dia menghadiahkan jua kedatangan-kedatangan sesorang . Disaat ini aku meletakan hati dan diri ini kepada Dia . Ya Allah , jika ini kehendak Kau . Aku redha dan cuba memahami .
Kerana setiap sakit setiap nikmat dia yang beri .Aku terima hati yang terbuka. Dia jualah yang melihat setiap apa yang terjadi dan maha mendengar akan setiap doa2 ku.
.
.
Jika kita masih mengharapkan doa-doa kita dimakbulkan dan pada yang masa kadang hati bersedih kerana tidak dimakbulkan . Usahalah bersedih . kerana kelak ada keuntungan yang tidak dapat dibayangkan , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Tidaklah seorang muslim berdoa, di mana dalam doa tersebut tidak terdapar unsur dosa dan memutuskan hubungan silaturahim melainkan dengan doa . Allah s.w.t memberi salah satu dari tiga (kebaikan) kepadanya . Baik dengan langsung Allah mengabulkan permohonannya atau menagguhkannya untuk nanti di akhirat , atau Allah memalingkan keburukan seperti doa tersebut daripadanya. "
(HR. Ahmad dalam Musnadnya no . 10922 dan ia berkata sanadnya hasan)
Janganlah bersedih . Kebaikan itu bukan yang engkau bayangkan, seperti dikabulkannya setiap doa dan diwujudkan semua harapan.
Janganlah bersedih, Jika Allah s.w.t belum mengabulkan doa, sesungguhnya Dia telah menolak musibah darimu. Musibah yang turun dan doa yang dipanjatkan , berseteru dan berakhir dengan keselamatan dan menjauhkan bahaya padamu. Segala pujimilik Allah atas keselamatanmu.
.
Janganlah bersedih kerana belum dikabulkan doa. Dia maha Tahu bahawa amalan kebaikan belum cukup untuk menyelamatkanmu pada hari kiamat, sehingga doamu yang belum dikabulkan menjadi tambahan timbangan kebaikan untuk hari akhirat.
.
Comments
Post a Comment