Siapakah tempat kita bersandar pada setiap malam?

Dia adalah Raja diatas Raja. Pengurus semua urusan , Tuhan segalanya. Dia adalah Allah...

Allah s.w.t berfirman :

Sesungguhnya keadaaNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, " Jadilah!" maka terjadilah dia (yasin : 82)

Bersiap sedialah sebelum kita menghadap Allah s.w.t. Bersihkanlah hati dari hawa nafsu dan penuhilah setiap syarat dikabulkannya doa , kerana Allah s.w.t tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan berpaling. Perhatikan makan dan minum yang halal, kerana doa tidak akan dimakbulkan dari makanan dan minuman yang haram . Setelah semua syarat dipenuhi, di gelapan malam saat manusia sedang terlela tidur. Inilah saatnya yang tepat bertemu denganNya . Berdua dengan nya . Mengadu , bercerita akan apa yang kita harapakan dari dia , akan apa sahaja planning hidup kita , dan meminta2 agar dia mendengar rintihan kita. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah tidur mahupun berdengkur. Dia maha hidup dan tidak pernah tertidur atau terleka.

Dia akan berkata kepada setiap hamba, setiap pemudi , para wanita dan seluruh penghuni muka bumi ini .

"Adakah orang yang meminta, sesungguhnya Aku akan memberikannya. "
"Adakah orang yang berdoa, maka Aku akan mengabulkannya. "
"Adakah orang yang memohon keampunan , sesungguhnya Aku akan mengampunkannya "

Benar ! Allah s.w.t sentiasa membantu dan memberikan kemudahan kepada kita tatkala musibah melanda kepada kaum2 yang terdahulu. Melalui kisah ,

  • Keluarga Ayyub : Allah s.w.t  sentiasa memberikan kemudahan tatkala musibah melingkupi keluarga ayyub
  • Daud  a.s :w.t telAllah s.ah menjadikan besi lembut bagai sutera
  • Musa a.s : Allah s.w.t telah membelah laut 
  • Ibrahim  a.s dan pengikutnya : Allah s.w.t telah menjadikan api menjadi sejuk.
  • Nabi Muhammad s.a.w : Allah membelah bulan untuk baginda
Tiada Tuhan yang harus disembah melainkan Allah s.w.t
Tidak kurang juga manusia yang justeru meminta pertolongan kepada orang lain, dengan melupakan bahawa mereka masih memiliki Tuhan yang mengurus semua manusia.
Tidak ada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah s.w.t

Mulai hari ini ......
sampaikan semuanya kepada Allah . Berserahlah pada dia bulat2. Berdoalah kepada Nya  dengan penuh harap, mintalah dan mohonlah keampunan kepada-Nya.

Setelah kita berdoa, itu ertinya kita berhak ke atas salah satu tiga perkara yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
  1. Doa yang terus dikabulkan
  2. Doa yang akan menjadi simpanan kebaikan dan kelak pada hari kiamat akan diberikan yang lebih baik dari apa yang diberikan di dunia ini
  3. Doa tersebut Allah s.w.t menjauhkan bahaya dari langit.
Wahai saudaraku ,

 Pabila dada dan jiwa ini terasa sempit , masalah semakin susah, tertipu oleh kenikmatan dunia dan hari-hari terasa gelap, maka dirikanlah solat !

Firman Allah s.w.t 
" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu." (Al baqarah : 153)

Solat merupakan hospital untuk mengubati semua jenis penyakit manusia, melapangkan dada dari rasa galau dan bimbang hingga Rasulullah s.a.w di dalam keadaan sesusah apapun naginda melaksanakan solat. Untuk melapangkan dadanya. Begitu pula dengan para sahabat yang mulia ketika dirundung masalah. Mereka segera melaksanakan solat, maka Allah s.w.t membukakan pintu kemudahan atas kesusahan mereka

Saudaraku , suka aku mengingatkan ...

Usahlah buruk sangka kerana ia menyebabkan terhalangnya cahaya kebenaran, rosak dan kuatnya hati, akan menambahkan jauhnya ikatan hamba dengan Tuhannya. 
Terhalang doa, terhapusnya berkat dalam rezeki, kurangnya ilmu , sempitnya dada serta tingginya kebimbangan. ini semua membuat kita semakin banyak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan alali dari zikir Nya.

Sekiranya kita merasa diri jauh dari Nya dan dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Maka bertaubatlah kepada Allah s.w.t. Kembalilah kepadaNya dan dengarkan setipa ayat yang boleh meningkatkan harapan kita. Dan menjadikan hubungan kita semakin rapat dengan pencipta kita

Firman Allah s.w.t
"Katakanlah (wahai Muhammad), ' Wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), kamu janganlah berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa . Sesungguhnya Dialah jua yang Maha pengampun lagi maha mengasihani." ( Az-Zumar : 53)

 Berbahagialah dari kelembutan yang tersembunyi , berbahagialah dari harapan yang bersinar , berbahagialah dari masa depan yang lebih baik.

Mari , kita menghapuskan semua keraguan dengan keyakinan . Tiba masanya kita mengantikan selimut kegelapan dengan terangnya fajar. Telah datang masanya menghapus pahitnya putus asa dengan manisnya reda.

Berbahagialah wahai saudaraku yang sedang dilanda galau . Saat hadir waktu subuh memenuhi ruang dengan cahayanya,rasa  nyamanlah kerana sesungguhnya anda sedang bermuamalah dengan Maha Lembut. Rasa tenang kerana semua akan berakhir dengan kebaikan , hasil yang membahagiakan dan akhir yang mulia

Dengarkanlah dengan khusyuk setiap tilawah Al Quran agar boleh membangkitkan ghairah anda. Bacalah Al Quran dengan tertil dan renungkan setiap isinya . Semua itu boleh menyemai ketenangan, ketenteraman dan kebahagian sebagaimana 

Firman Allah :
"(iaitu) orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hanya dengan  mengingati Allah hati menjadi tenang . ( Ar-Ra'd : 28)

Jangan pernah berputus asa apabila langkah anda mendapat kesusahan atau terjerumus ke dalam lembah yang dalam. Yakinlah anda boleh keluar darinya tatkala berusaha dengan sekuat tenaga dan yakin bahawa Allag s.w.t sentiasa bersama orang orang yang sabar.

Comments

Popular posts from this blog

Diari 20/12/2017

Menjemput vs Mencari Rezeki

memahami erti ujian dan nikmat