REZEKI
Allah s.t. Maha pencipta yang telah menjamin rezeki untuk setiap ciptaan-Nya
Firman Allah ,
Tiada satu makhluk malatapun di muka bumi kecuali Allah yang menanggung rezekinya , dan Dia yang mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpannya.Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)
Segala sesuatu yang telah ditentukan bagi seorang hamba , tentu akan diperolehinya . Sebaliknya segala sesuatu yang belum ditentukan untuknya , maka dia tetap tidak akan memperolehinya walau seluruh penghuni dunia mengusahakannya.
" Aku menyedari bahawa rezekiku tidak akan dimakan oleh selain aku , maka hatiku terasa tenang"
Alhamdulilah , dengan kata-kata dari Allah ini aku berasa amat tenang dan sentiasa sabar dalam mengusahakan sesuatu . Dalam hidup ini , janganlah kita lupa pada Allah dan sentiasalah menjadikan Allah no satu dalam segala sesuatu . Ini kerana , bila terjadi sesuatu perkara yang kita tdak sangka . Allah akan membantu kita supaya kita sabar dan menjadi semakin kuat . dan paling bermakna Allah memberi kita kefahaman maksud hikmah dalam setiap ujian.
Jadi mengapa anda bersedih dan bimbang untuk urusan rezeki ?
Sebenarnya rezeki telah ditentukan oleh Allah s.w.t saat kita berada dalam gelapnya perut , dalam gelapnya rahim dan dalam gelapnya placenta.Jadinya Allah telah tentukan rezeki semasa kita kecil lagi.
Oleh itu , janganlah risau . Orang yang risau dan bersedih kerana urusan rezeki ertinyta dia sudah berburuk sangka kepada Tuhannya.
Comments
Post a Comment