Menjemput vs Mencari Rezeki

Anda pernah kehilangan kunci ?
Bagaimana rasanya mencari kunci yang hilang ?
Memang pening kan ? Cari di sana tidak jumpa dan di mana sahaja.
Berdenyut kepala memikirnya. Begitulah keadaanya apabila mencari kunci yang hilang di dalam rumah .
Bagaimana pula apabila kunci yang hilang di dalam rumah ?
Bagaimana pula apabila kunci itu hilang di luar rumah ? Wah , bertambahlah peningnya.

Anda pernah menjemput seseorang ?
Tidak kisahlah jemputan ke majlis apa pun karena yang di tanya adalah strategi menjemputnya.
Bagaimana agaknya cara anda menjemput ?
Bukan satu cara ,betul ?
Kadang-kadang melalui mulut sahaja. Ada yang pakai kad jemputan . Ada pula yang perlu dipesan melalui orang lain. Dan ada pula yang mesti berkunjung dulu ke rumahnya ,setuju ?

Menjemput seseorang untuk datang ke majlis kita perlukan strategi dan jika betul caranya ,besarlah peluang untuk dia hadir. Jika tidak, berlapik "insya-Allah" sahajalah jawabnya.Anda pernah terkena?

Maka , Rezeki juga begitu . Kita memang tidak pernah tahu di mana letaknya rezeki . Sudah tentulah sukar mencarinya.Bilakah pintu rezeki akan terbuka ? Berapa banyak ? Melalui sebab apa ?

Ada masanya kita melakukan ikhtiar sepenuh hati , dengan pelaburan yang bukan sedikit .Dengan harapan ,akan datanglah rezeki  mencurah-curah. Angan-angan mahu menjadi jutawan pun mula bersinar . Tiba-tiba .
eh , jadi tidak ketahuan pula. Masuk angin keluar asap!

Kadang-kadang, datangnya rezeki mudah sahaja .Walaupun berikhtiar dalam serba kekurangan.
Mudah sahaja jadi jutawan . Hanya melalui rancangan jutawan . Dari menjadi kerani kerajaan dengan gaji bulanan 300 sebulan dan bertukar menjadi juatwan dengan memenangi kuiz tersebut.


Nah , begitulah hakikat rezeki.
Kita tidak pernah tahu bila datangnya . Ia seperti panas dan hujan. Rezeki adalah ghaib.
Sepertimana huajn dan panas. Kadang-kadang hujan turun seperti yang dijangka.Kadang-kadang tidak. "Kusangka panas hingga ke petang .Rupa-rupanya hujan di tengah hari ," begini bunyinya bidalan Melayu


Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya. Tidak ada yang mengetahui selain Dia .Dia mengetahui apa yang ada di darat dan laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang absah atau kering yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata . (Lauh Mahfuz) (Al-An'an 5:59)

Sedangkan mencari kunci yang hilang di dalam rumah pun sudah pening,bagaimana mahu mencari yang ghaib?

Ah,mengapa tidak gunakan sahaja strategi yang dicadangkan oleh Si pemberi rezeki ? Bukanlah lebih mudah ?Apakah cara yang mudah itu ?

Perintahkanlah keluargamu BERSOLAT dan BERSABARLAH dalam mengerjakan solat.Kami tidak meminta rezeki kepada kamu.Sesungguhnya Kami yang memberi rezeki kepada kamu.Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertakwa. (Thaha 20:132)


Ya, inilah kuncinya. Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki.

Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya.
Justeru banyaklah percubaan demi percubaan yang perlu diharungi .Sedang menjemput pula , biasanya kita sudah tahu tempatnya.Kita kenal orangnya.Ya, Tinggal dijemput sahaja.


Mengapa dikatakan menjemput itu lebih mudah ? Tentulah lebih mudah , sebab kita sudah tahu rezeki itu hanya daripada Allah .Satu-satunya pemberi rezeki hanyalah Allah !!


Justeru ,kita sudah tidak perlu pening-pening kepala lagi apabila mahu menjemput rezeki.Buat sahaja apa yang Allah suruh.Bukankah sudah diberitahu ,Allah yang memberi rezeki.Buat sahajalah .
Allah bukan suruh lakukan benda yang pelik-pelik. Allah suruh kita jadi orang baik sahaja. Allah mahu hidup kita senang.

Tidak perlu lagi berpaling ke sana sini mencari,apakah ada lagi pemberi rezeki selain Allah ?
Tidak,tidak,tidak!
Firmah Allah ,bermaksud :



Comments

Popular posts from this blog

Diari 20/12/2017

memahami erti ujian dan nikmat